Monday, September 29, 2008

Jangan Guna Isu Perkauman Raih Sokongan


Tuesday, 30 September 2008 06:29am
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)Oleh Suwarni Mokhtar dan Au Yeong HowKUALA LUMPUR 29 Sept. - Calon Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng diminta berhenti daripada menggunakan taktik lapuk yang berbau perkauman bagi meraih sokongan dalam pemilihan parti itu bulan depan.Pemimpin UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat bekas Naib Presiden MCA itu sepatutnya mengetengahkan dasar-dasar baru untuk membantu kaum Cina dan bukan menggunakan isu sama seperti pembangkang.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Jui Meng takut dengan bayang-bayangnya sendiri dan tiada idea baru sehingga terpaksa mengunakan taktik yang sama digunakan oleh DAP bagi meraih sokongan perwakilan.''Tidak perlu layan kenyataan macam ini. Pada masa sekarang, isu berbentuk perkauman tidak begitu disukai oleh orang ramai, jadi menggunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai cara untuk meraih sokongan tidak lagi relevan dan ia merupakan satu taktik lapuk.''Dia sepatutnya memberi idea bagaimana cara mahu membantu masyarakat Cina untuk maju dan membasmi kemiskinan di kalangan kaum tersebut serta bukannya menghentam kaum lain,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau diminta mengulas kenyataan calon Presiden MCA itu yang mengumumkan manifestonya semalam dengan menggesa pelaksanaan DEB dikaji semula kerana ia kini sudah tidak lagi menjadi keperluan memandangkan orang Melayu telah berjaya.Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula mengingatkan calon pemilihan parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak membangkitkan isu sensitif dalam usaha mereka untuk meraih sokongan pada pemilihan parti masing-masing.Menurutnya, tindakan 'menjolok sarang tebuan' itu hanya menidakkan segala usaha pemimpin BN yang selama ini mahu menyatupadukan rakyat.''Kita faham ini ada kena mengena dengan pemilihan dalam parti masing-masing. Tetapi tindakan itu adalah tidak wajar kerana selepas ini, BN pun perlu berubah dan melalui transformasi.''Nasihat saya kepada calon yang mahu menang agar jangan keterlaluan sehingga menidakkan apa yang pemimpin BN sebelum ini telah bina,'' katanya.Menurutnya, calon parti komponen BN itu tidak sewajarnya mengikut rentak parti pembangkang yang memainkan isu perkauman dalam meraih sokongan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pula berkata, seperti sudah menjadi trend pelbagai pihak pada masa ini cuba meraih sokongan dengan memainkan isu berkaitan orang Melayu.''Trend ini bukan sahaja tidak memberi manfaat malah merosakkan hubungan antara kaum.''Bagi saya, kenyataan ini datang daripada seseorang yang sudah tidak ada kuasa, yang sudah tidak diterima oleh masyarakat Cina itu sendiri dan cara untuk mendapat sokongan adalah dengan mengeluarkan kata-kata macam ini. Jadi, jangan layan lagi elok,'' ujarnya.Nazri turut menyatakan, usaha untuk membantu orang Melayu hanya akan terhenti sekiranya Perlembagaan dipinda kerana kerajaan melaksanakan usaha-usaha membantu kaum itu berdasarkan pada perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.''Hak sama rata kaum juga tidak diabaikan oleh kerajaan malah mereka bebas melakukan apa sahaja kerana ia turut termaktub dalam Perlembagaan selagi ia tidak menyentuh hak istimewa orang Melayu.''Di Malaysia sahaja yang kaum Cina dan India boleh mempunyai sekolah mereka sendiri tetapi tidak di negara lain,'' tambahnya.Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, kenyataan yang dibuat oleh Jui Meng adalah sekadar untuk meraih undi dan tiada unsur keikhlasan.Jelasnya, walaupun sudah banyak orang Melayu kelas menengah, masih ramai lagi yang dibendung masalah kemiskinan.''Selagi orang Melayu perlu diberi bimbingan dalam mana-mana bidang, selagi itu ia akan terus menjadi matlamat kerajaan kerana ia sebahagian daripada keistimewaan Melayu seperti termaktub dalam Artikel 153 yang tidak ada tarikh luput,'' katanya.Oleh itu, katanya, tidak ada siapa boleh mempersoalkannya atau menimbulkan sebarang sentimen terhadap hak keistimewaan Melayu.Timbalan Menteri Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah pula berkata, pembangunan kaum Melayu yang agak tertinggal ke belakang berbanding kaum lain tidak boleh dinafi dan DEB diwujudkan bagi mengecilkan jurang perbezaan itu.''Kalau mahu jadi calon pun, jangan ghairah sangat sehingga mengenepikan sensitiviti orang Melayu demi kepentingan sendiri,'' katanya.Sementara itu, Presiden Pertubuhan Profesional Melayu, Profesor Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, sebagai calon pemimpin MCA adalah komponen dalam BN, Jui Meng seharusnya mengambilkira semangat perpaduan antara kaum.''Kenyataan yang dikeluarkannya itu boleh mempengaruhi orang bawahannya dan seterusnya merosakkan semangat perpaduan yang lama terjalin di negara ini," jelasnya.Tambah beliau, DEB masih relevan malah ia juga adalah salah satu strategi untuk memupuk perpaduan rakyat bagi mengelak kejadian hitam rusuhan kaum 13 Mei daripada berulang kembali.''Kalau mahu betulkan ekonomi tidak salah, tetapi jangan sesekali diusik atau diungkitkan dasar ini kerana ia boleh menyebabkan keresahan di kalangan orang ramai.''Fikir sebelum bercakap, jaga perasaan kaum bumiputra dan elakkan perasaan iri hati kerana ia akan memburukkan lagi keadaan," ujarnya.Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamed berkata, kerajaan perlu mengkaji sama ada kenyataan Jui Meng itu perlu diambil tindakan atau tidak kerana ia boleh menggugat keamanan negara.''Ini penting bagi memberi amaran kepada pihak lain supaya tidak memainkan isu sensitif yang boleh menggugat suasana perpaduan negara demi kepentingan peribadi," tegasnya.Menurutnya, DEB tidak sepatutnya dijadikan isu terutamanya oleh pemimpin yang pernah berada di dalam Kabinet.''Beliau seharusnya faham dan mengetahui bahawa DEB telah lama wujud serta dipersetujui oleh semua kaum sejak penubuhannya lagi,'' ujar beliau.

1 comment:

Kyels said...

Baseless attacks towards Dato' Chua Jui Meng. It is not about stirring up the racial sentiments in this country but about reaching equilibrium amongst the three races.

Everyone knows that there's no equity in this society b/c of the policies that "threatens" the other two races. If every policy made was just, there would not be any racial sentiments.

Just my POVs.

I'd still give my full support to Dato' Chua and may he be the new President for MCA.

;)